Kata Aluan Pengarah

This image for Image Layouts addon
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pengurusan Pembangunan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web Pejabat Pengurusan Pembangunan telah sempurna dan sedia menjadi wadah perhubungan dan penyaluran maklumat yang lebih berkesan kepada warga jabatan, universiti dan pengunjung awam.

Pejabat Pengurusan Pembangunan telah terlibat dengan aktif di dalam membangunkan prasarana dan kemudahan fizikal dari mula penubuhan UTeM pada 1 Disember 2000. Pengoperasian Pejabat Pengurusan Pembangunan bermula di Kampus Sementara di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka dan kini, Pejabat Pengurusan Pembangunan beroperasi di Kampus Induk di Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, Melaka.

Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan projek-projek pembangunan di Kampus Induk UTeM sangat rancak seiring dengan perkembangan keperluan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran serta pengurusan universiti. Pejabat Pengurusan Pembangunan akan terus menyokong hasrat pengurusan tertinggi UTeM dengan merancang dan membangunkan kampus agar misi dan visi UTeM dapat dicapai.

Perancangan dan pelaksanaan pengurusan pembangunan yang mematuhi peraturan kewangan dan kontrak merupakan agenda utama jabatan ini. Kesedaran ini penting bagi memastikan pengguna dapat menikmati kemudahan dan bangunan yang disediakan dengan rasa selesa dan keselamatan yang terjamin.

Pejabat ini sangat menitikberatkan kualiti hasil kerja di tapak bina yang meliputi aspek-aspek arkitektural, kejuruteraan awam dan struktur, elektrik dan mekanikal. Ditambah dengan kompetensi dalam pentadbiran kontrak, Pejabat ini sentiasa mendambakan kesempurnaan projek dari sudut kewangan dan masa. Dari kaca mata keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Pejabat ini turut bertanggungjawab dalam memantau perihal ini di seluruh Universiti. Namun demikian, pentadbiran sumber manusia dan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan Pejabat Pengurusan Pembangunan adalah kunci kejayaan kepada segala barang yang disasarkan.

Kami berharap pengunjung laman web rasmi Pejabat ini dapat menikmati ilustrasi yang dipaparkan dan mengambil manfaat atas maklumat yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

Ir. DR. MOHD RAYME BIN ANANG MASURI 

Pengarah 
Pejabat Pengurusan Pembangunan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Kemaskini : 16 November 2022
Image
Pejabat Pengurusan Pembangunan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.

 

Pejabat Pengurusan Pembangunan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.

Email PPP : ppp@utem.edu.my
Tel : +06 270 1370 | Faks : +06 270 1058

Email OSHa: osha@utem.edu.my
Tel : +06 270 4361 @ +06 270 4550

Email PPP : ppp@utem.edu.my
Tel : +06 270 1370 
Email OSHa : osha@utem.edu.my
Tel : +06 270 4361
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome and Mozilla Firefox, resolusi 1920 x 1080.