Berita

SEKALUNG PENGHARGAAN PUAN NORAZAH BINTI MOHAMED

SEKALUNG PENGHARGAAN PUAN NORAZAH BINTI MOHAMED
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Norazah binti Mohamed Yazid atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan merangkap Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan di Pejabat Pengurusan Pembangunan.
Dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh beliau dalam memperkasakan khidmat pengurusan di pejabat ini amatlah dihargai. Selamat maju jaya diucapkan semoga terus cemerlang tempat baharu.
Sungguh manis buah durian,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
Berasah parang bersepuh lama,
Menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.
Ikhlas daripada:
Warga Pejabat Pengurusan Pembangunan
Image

Kongsi

Image
Pejabat Pengurusan Pembangunan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.

 

Pejabat Pengurusan Pembangunan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.

Email PPP : [email protected]
Tel : +06 270 1370 

Email PPP : [email protected]
Tel : +06 270 1370 
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome and Mozilla Firefox, resolusi 1920 x 1080.

TEST BACKLINK